Saturday 14 October 2017

Pantai Pandak, Pantai Seberang Marang dan Pantai Kelulut, Marang Terengganu.


Minggu ni saya ke sini lagi dan bercerita lagi kisah di sini kerana HSM Marang dah jadi ibarat rumah kedua saya. Saya suka pemandangan di sekitar Marang. Hebatnya ciptaan Allah S.W.T yang Maha Kuasa. Dulu jarang sekali saya ke mari sebab saya rasa Terengganu ni sangat jauh. Namun takdir Allah membawa saya ke sini...terfikir oleh saya setiap perkara ada sebab dan musababnya. Tidak mengapa..saya sedia sabar menanti apakan hikmahnya saya ke sini...semua ini aturanNya.

Subhanallah..tidak terfikir oleh saya dan mungkin kawan-kawan yang duk follow saya juga tak perasaan keindahan pantai di Marang.Saya juga agak terkejut kerana selepas saya advertisekan pakej ke Pulau Kapas melalui Majalah.com, ada yang wasap dengan saya bertanya di mana Pulau Kapas. Mungkin orang lebih tahu Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Tak kira apa pantai atau pulau.... sememangnya cantik dan indah dijadikan yang Maha Kuasa...ada elemen air, tanah, angin dan api.

Meh travel with me untuk sesi kali ini....saya meneroka beberapa pantai yang berdekatan dengan HSM Marang dalam linkungan 6 KM.


Pantai Pandak

Pantai ini  kira-kira 2 km dari HSM Marang, berdekatan dengan jualan keropok lekor, berdekatan dengan kedai-kedai makan dan masjid. Laluan utama dari Marang ke Bandar Kuala Terengganu. Bila di sini...kita boleh nampak sepanjang pantai yang panjang. Kalau kita berada di tempat tinggi maybe macam pantai di luar negara. petang-petang ada orang jual makanan di tepi pantai. Buaian kayu ni ada di rata-rata.



Terletak di kawasan Chendering...saya sangat suka garapan ini...nanti saya buat cam gini tulis HSM Marang hihihi



Saujana mata memandang....pada saya kawasan pantai ini boleh buat gathering, family day, aktiviti pantai, treasure hunt, camping, team builidng...sebab kalau jatuh tak sakit hahahaha...atas pasir...pulau yang nampak tu adalah Pulau Kapas.


Orang kata mandi pagi-pagi sejuk...saya pernah mandi selepas subuh di Pulau Tioman...airnya suam...di sana terdapat aliran air gunung dan air laut...air gunung mengalir di atasnya air laut. 





Pantai Kg Tanjung Seberang Marang 

Benteng ni sebelah kanan dan hendak ke mari kena melalui jalan kampung. Tak jauh jugak dari hotel kami. On the way ke sini boleh lihat sekitar kampung-kampung penduduk di sini. Di sini boleh lihat banyaknya bot nelayan

Cantik bukan....kalau saya tak cakap ini adalah di Marang, pasti anda semua ingat ini adalah di tempat lain.




Benteng Marang yang disusun dengan tetrapod.




Untuk makluman bongkah ni mahal harganya...dulu saya pernah berkerja dengan syarikat yang buat kerja marine & civil  work buat coastal protection - Marang Rivermouth Improvement Project Terengganu tapi tak involve dengan project nih. Maybe same company sebab kalau tengok dari data yang ada macam sama coz namely Marang. Kalau betul..bak orang tua kata la... ibarat sirih pulang ke ganggang..


Near by ada jeti...kukuh jeti ni sebab saya dah jalan hingga ke hujungnya dengan highill. Macam ok aja la..tapi dinasihatkan jangan ler pakai highill duk lalu sini yea.


Teringat pulak kisah lagenda atau mitos yang sangat sinonim bagi Terengganu... Ulik Mayang , Puteri dan Nelayan.


Menyusuri bahagian kirinya pula...pantai yang panjang bersambung. Saya rasa dulu saya patut ambik course photography la. hahahaha...i love photo especially about Alam.





Pantai Peranginan Kelulut 

Pantai ni bersambung dengan Pantai Seberang Marang. Kalau dari Kuantan akan jumpa pantai ni dulu. Di sini sangat popular, banyak kedai seafood dan meriah sungguh...rasanya kena makan di sini baru best agaknya tempat riadah pilihan keluarga. Saya suka tengok orang-orang tua yang duduk bersantai...



Masa saya sampai di sini dah petang so menghadkan aktiviti. Nampak tu...Pulau tu Pulau Kapas. Pernah diberitahu oleh penduduk di sini, satu acara pertandingan berenang dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut. Saya membayangkan kawasan ini bukan dalam.






Di hadapan ini adalah Laut China Selatan.





Alhamdullilah...Thank you Allah kerana membawa aku ke sini dan mengagungkan ciptaan Mu dengan hati yang ikhlas dan sekaligus  seiring dengan Habluminallah, Hablum minanas dan hamblumninal Alam..Dan Ya Allah..bermula hari ini aku tidak akan bertanya...Apa yang ada di Marang.,,Insya Allah akan ku cuba dengan daya yang ada untuk membawa orang lain juga untuk mengkagumi ciptaanMu dan ke persada merentas dunia menerusi alam maya ...ibadah itu indah seluas lautan yang terdampar yang tiada hadnya.


Kalau nak cepat ke Mari boleh naik flight turun ke Kuala Terengganu . kali ni i balik dengan flight...awal pagi i dah terpacak kat sini.





Dipetik dari google image.

Untuk edisi Meh Travel With  Me di Pulau Kapas....google Mehtravelwithme Pulau Kapas.


No comments:

Post a Comment