Thursday 14 July 2016

Beting Beras Basah @ Bagan Datoh


Mentelahkan dah sampai ke Bagan Datoh nih...terus la menjenguk ke tempat ni...dalam blog-blog tulisan banyak mengaitkan tempat ni dengan kisah-kisah paranormal dan mistik. Sebenarnya dari saya kecil lagi saya telah tahu kisah ini...rasanya hampir seluruh rakyat Negeri Perak juga  tetapi saya tidak pernah terlintas untuk ke sini sehingga ke hari ni...

Bagi yang mengikuti kisah-kisah menarik tentang pertabalan Sultan Perak pasti tahu tentang tempat ini...Beting Beras Basah yang sinonim  dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama telah menjejakkan kaki di sini. Setiap kali pertabalan Sultan Perak, Sultan tersebut mestilah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah. Ada yang mengaitkan dengan kisah-kisah paranormal dan sebagainya. Memang teringin nak ke sini tetapi bila dengar kisahnya menjadi seram sejuk jugak...sebab khabarnya yang ada darah raja berdaulat aja yang boleh menjejak kaki ke dalam air tu...ada yang terselut..ada yang tersesat dan macam-macam lagi...

Hari ni hantar Muiz ke Sekolah Menengah Sains Bagan Datok ni..so saja menjenguk...tak jauh dari sekolah nih...nak tahu kisahnya..meh saya ceritakan pengalaman saya di sini....



Meh Travel With Me ada butiranya................

Dari pekan Bagan Datoh ni..ada satu signboard ke Beting Beras Basah...lebih kurang 10 minit ke tempat nih..maybe dalam 6-8 km.


Jumpa simpang ke sini...


itulah pintu masuknya....jom kita tengok ....laluan tu kecil merentas pokok-pokok kelapa sawit...hmmm...hati ku berdebar-debar.




Ada gambar Sultan Perak..ini masa pertabalan yang lalu..



Perjalanan 2.5km tu merentas jalan muat satu kereta aja....sunyi....penuh dengan pokok-pokok kelapa sawit..hmmm....nasib baik siang ..kalau malam ...saya rasa tiada kekuatan untuk datang memalam walaupun ramai-ramai rasanya.....memang aneh perasaan nih...tapi Alhamdullilah kami sampai ke tempat yang dituju...suasana cantik....menarik...cerah...

Apa-apa mulakan dengan......Assalamualaikum...


Kawasan sekeliling.....airnya warna macam gold...






Mai & Mai


Harus hingga ke Laut..




Saujana mata memandang....langit dan laut...kawasan ni air surut dan berselut...jika tiada kekuatan jangan sesekali jejakkan kaki ke selut tu..khabarnya ada yang tengelam separuh badan..ada di satu tempat tu terdapat kayu tanda..macam ada bendera..


Masa kami ke mari ada orang lain datang juga


Kalau air naik ..sampai ke paras lantai jeti nih...




Saja sentuh air nih...



Cantiknya langit ketika itu....dan pada masa tu seekor burung berlegar-legar..ada ayam  dan ada berberapa ekor kera .....cuba amati corak langit ini....cara pandangan mata dan apa yang kita nampak mungkin tidak sama...








Masih ada lagi  bendera semasa pertabalan tu hari..


Kat sini ada telaga...warna air nya nampak keruh warna gold..maybe air dari sekeliling...














Masa kami tengok tadi air sini warna hijau...





Dah abis tu kami balik..bergambor dulu kat pintu gerbang...
Terima kasih dan Assalamualaikum..


Diilhamkan ada satu masjid di kawasan ni yang asal tapaknya dari tahun dulu-dulu...dipahamkan masjid tersebut indah ..so teruskan perjalanan dan jumpa...wow...tak sangka ..warnanya sama dengan My  Myvi Mylo!! Saya mahu solat di sini,,itulah ucapan dari mulut saya..



Masjid Abasiah  Tahun 1894 dengan seni bina kayu yang cantik yang telah dibina 122 tahun yang lalu....




Saya tidak pasti tentang masjid ini tetapi saya percaya tapak pembinaan masjid ini ada kaitan dengan kisah sejarah Sultan Muzaffar Syah. Saya cuba research tentang masjid ini tapi tidak jumpa data...dahulu warnanya bukan warna ini.



saya tertarik dengan jam ini...





Selepas tu kami pergi makan kat Pekan Bagan Datoh...kat jeti..








sini kawasan orang memacing 


cuba lihat awan tu...awan lagi..








Abih dah jalan...kami ke Sekolah Menengah Sains pulak..antor dua orang budak nih hihihihi....



Meh Travel With Me membawakan khas kisah Beting Beras Basah untuk dikongsikan bersama yang mana dipetik dari blog/web lain...

Tulisan dari blog lain oleh Dato Muhammad Faiz (2013)  yang mengkaji tentang sejarah Negeri Perak, Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 di mana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di Kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh.
Sebelumnya, dua (2) pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah menghadap Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan seorang puteranya untuk dijadikan Sultan Perak. Baginda telah memperkenan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah ke Perak.

Menurut tulisannya, sewaktu Bahtera baginda menghampiri di kuala Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba di atas satu beting di tengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru :

"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di Selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"

Sultan Muzzaffar lantas mengambil mahkota baginda lalu membuangnya ke dalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali seperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala. Serentak dengan itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan "DAULAT TUANKU" dan baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah. Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja. Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985. Menurut cerita orang-orang tua di Bagan Datoh, sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33, dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.

Sejarah lama ada menyebut bahawa Raja Ahmad yang merupakan putera kedua Sultan Abdul Malek Shah (Sultan Perak ke 19 yang bertakhta dari tahun 1808 hingga 1825) adalah merupakan seorang Pawang Diraja yang sangat masyhur satu masa dahulu. Sebagai Pawang Diraja, Raja Ahmad sangat arif tentang kejadian-kejadian ghaib termasuk yang berhubungkait dengan makhluk halus. Atas kebolehannya itu, baginda dilantik oleh kekandanya Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Perak ke 20 (1825 – 1830 ) untuk menjaga jin kerajaan Negeri Perak di Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak. Raja Ahmad mangkat ( terjatuh di Kuala Sungai Terus ) kira-kira dalam tahun 1827 dan selepas itu, tidak diketahui siapa penjaga Jin Kerajaan Negeri Perak seterusnya.









2 comments: