Sunday 30 April 2017

Kellie's Castle @ Batu Gajah


Seumur hidup ni tak pernah sampai ke sini sedangkan saya rakyat Perak.. Jalan Gopeng ni lah yang kami lalu lalang bila nak balik ke kampung. Hari ni..i terfikir nak singgah ke sini  sebab sejak kelmarin saya tiba-tiba teringat-ingat  nak ke sini. Mulanya macam  malas aja nak singgah...fikir bukan ada apa-apa pun...tapi tayar pusing berhenti di sini.

Masa sampai ke sini dalam pukul 11.00 pagi ... saya tengok langit cantik birunya..cantik untuk ambik gambar... saya hanya tahu kisah Rumah Agam yang terbengkalai ni berhantu..misteri..mistik dan paranormal. Dahulu bila malam kami tak berani untuk merentas kawasan sini.... la ni dah banyak bezanya dan hari minggu ni ramai orang datang termasuk pelancong...kawasan ni sebenarnya dekat dengan rumah my uncle yang kami nak pegi.

Entahlah..yang pasti saya ada di sini...mata ni mata construction and conservation...saya anggap menimpa ilmu without wall tanpa sempadan.

Ok meh kita ronda....




Ada map di sini kalau sapa-sapa nak ronda-ronda Daerah Ulu Kinta nih. Tiket masuk RM5 tapi kena tunjuk Mycard.


Kat Bangunan hadapan ni ada  ruang niaga ...ada la info tentang Kellie Castle ni. Ada mini studio untuk tayangan...boleh tengok sapa nak tengok.



Inilah kisahnya....once upon a time........William Kellie Smith, Scotish  yang pada masa tu seorang Engineer..pada tahun  1909  membina Rumah Agam untuk isteri tercinta bermula ...wah !! so lovely...kisah macam Taj Mahal..Lebih lanjut korang boleh google sendiri...Mr Smith...apa yang you nak sampaikan pada i yea??


Ada ruang makan di sini....cantik gak decornya



Nak ke sini ada pintu gerbang...tapi lupa lak nak ambik hihihi...keliling ni sungai...kalau dulu-dulu menara dibina dengan dipagari sungai untuk benteng pertahanan.




See............ bangunan ni....cantik...saya nak naik sampai atas tiang bendera tu...fuhhh!! panas nih tapi cantik untuk photoshoot....bertabah la dengan cuaca hari ni...kalau mari petang takut hujan.




Kena kreatif ambik gambor ni sebab ambik sendiri...




Cantik...



Design ni macam salah satu pintu gerbang di Taiwan


Saya suka design ni....cantik...senibinanya amat kemas...pandainya orang dulu-dulu dalam senibina...kreatif dan kukuh hingga kini...saya terdengar salah seorang pelancung cina berbual pasal construction bangunan ni...so unsangkarable..amazing...beautiful semua keluar....


Bagi saya bangunan ni jadi menarik sebab dia terbengkalai dan tak siap...betul tak?...kalau dah siap mana boleh masuk Rumah Agam


Ada telaga kat belakang tu tapi saya tidak ke sana jenguk.



Bahagian dalam pulak....dikatakan ruang ni berhantu ...huhuhuhu!! suspen gak..siang-siang ok aja...tak ada rasa pun...ada berani datang malam-malam...ada yang kata bila malam macam-macam...ada yang nampak Smith berlegar-legar di koridor.







Mengikut kajian google dari penjaga bangunan ni...macam-macam kejadian dirasai seram sejuk bagai la...tapi dalam banyak-banyak kisah satu sumber dari Utusan Malaysia pada tahun 2014, penjaga bangunan ini ada cerita...sekumpulan mahasiswa yang sedang membuat kajian pernah melihat seorang tua sedang bersolat di dalam salah satu bilik di dalam bangunan ni pada waktu malam....so la ni sapa yang menjaga bangunan ni sebenarnya? hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui.



Ada kisah ..boleh baca sini









Tangga naik ke menara atas...suspen tangga ni..dah la i pi ayu-ayu...takut tersembam atas tangga..ada ruang bawah tanah yang paling dikatakan scary tu...i tak mau masuk sana ...hihihi.





Memberanikan diri naik ke atas nih










Dari atas leh nampak Jalan Gopeng







No comments:

Post a Comment