Sunday 19 April 2015

Lepak, Makan & Laman Seni S2


Selamat Hari  Jadi Semua!!!

Aikkkk !!!  Hari jadi sapa pulak hari ni...macam tak ada dalam kalender....tiba-tiba Chu E bawak Kek Besday....ooooo!!! rupanya Hari Jadi Semua Orang.....hahahaha...






Laman Seni S2

Saja-saja jalan-jalan pi Seksyen 2, Shah Alam tengok Mural Arts di sini..Tu hari dah tengok kat Seksyen 7..





















































Jalan-jalan pi KL

Lepas  tu..Alang and the gang pi ronda KL..jom tengok depa makan kat mana...



Mama...kami pun jalan jugak !!!





Don't worry mama!!...tengah makan nih!!
Miss You Too....

Khas dari Vietnam

Mama tengah dengor nasyib di hotel.







Dalam kita berseronok.....
please! please! please!
Jangan lupa esok Bulan Rejab yakni 
Bulan Allah...


Kelebihan Bulan Rejab 

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: 
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT. 


Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."


Diriwayatkan dari Nabi SAW, bahwasanya beliau bersabda, 
“barang siapa yang menghidupkan permulaan malam bulan Rejab, maka hatinya tidak akan pernah mati ketika banyak hati yang mati. Dan Allah mencurahkan kebajikan yang banyak dari atas kepalanya, dan dosanya keluar dari dirinya sehingga suci seperti ketika ia dilahirkan ibunya, dan ia akan memberikan syafaat bagi 70.000 orang yang telah ditetapkan sebagai ahli neraka”.

Diriwayatkan dari Abi Bakar As-Shidiq apabila bulan Rejab telah berjalan dan sampai kepada hari jumaat pertama maka semua malaikat baik yang ada di langit maupun di bumi semua berkumpul di Kaabah. Allah pun melihat mereka dan berfirman, 

“Wahai para malaikat-Ku, mintalah sekehendakmu. Malaikat pun berdoa, “Wahai Tuhanku, keinginan kami adalah agar Engkau memberi ampunan kepada orang yang berpuasa di bulan Rajab. Maka Allah pun berfirman, ‘Sungguh telah Aku ampuni mereka semua”.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Semua manusia kelak pada hari kiamat kelaparan kecuali para Nabi dan ahli baitnya, dan orang yang mau berpuasa pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Ramadhan. Sesungguhnya mereka kenyang, tiada kelaparan bagi mereka dan tidak pula mereka merasa haus.”


No comments:

Post a Comment