Sunday 11 August 2013

Hongkong



Hong Kong ni tak pernah terlintas dan dirancang nak pergi tetapi ada orang jual voucher tiket pergi balik yang sangat dan amat murah serta ground pakej yang berbaloi so kami telah sampai ke Hongkong dengan jayanya buat pertama kalinya untuk 3 hari 2 malam. Kami bermalam di Panda Hotel, Tsuen Wah Street (bersih dan menarik - di atas shopping mall). Mungkin ada yang tidak percaya kos percutian kami all in  kurang dari RM1.5K seorang.

Sesampai di Hongkong kami disambut oleh tour agen di Hongkong dan terus ke Hongkong Disneyland. Bahasa tidak menjadi masalah sebab mereka fasih berbahasa Inggeris. Seharian kami di sini untuk menikmati pelbagai aktiviti show sehingga firework yang terakhir pada pukul 10.00 malam. Makanan dalam sini sangat-sangat mahal dan banyak yang tak halal. Kami siap-siap bawa makanan dari KL.

Tour agen yang menguruskan kami adalah Summit Holiday Travel and Tour Sdn Bhd ( Malaysia) dan Carry On Travel Pte Ltd.(Hongkong). Oleh kerana kami 2 orang sahaja, kami disatukan dengan group-group lain (lompat-lompat bas- menarik juga) tetapi tak menjadikan masalah sebab group-group chinese tu kebanyakkan orang Malaysia juga. Kira dapat kawan-kawan baru. Ada datang dari Ipoh, Cheras KL dan lain-lain tempat.

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah :
Hongkong Disneyland, Golden Bauhinia Square, Repulse Bay, Aberdeen Fishing Village. Shopping at Jewellery Factory and Herb Shop and Group Photo, Tsim Sha Tsui Centre, Soy Street (Shopping street), The Peak Galleria, Madame Tussauds dan lain-lain berdekatan.






































































































































































































No comments:

Post a Comment