Monday 12 August 2013

Beijing, China


Sejak dari sekolah telah diwar-warkan tentang 7 senibina yang dikategorikan sebagai senibina keajaiban di dunia. Dan setelah 18 tahun berkecimpung dalam bidang senibina ini barulah dapat  melihat dengan mata sendiri senibina yang unik, mengkagumkan dan terfikir oleh saya tidak mungkin akan dibuat pada zaman ini.

Banyak tempat yang kami lawati selama kembara 5 hari. Penat dan letih tu dah tentu. Cuaca yang dingin tu memang best sangat,  terasa duduk dalam aircond tetapi sesekali bila angin bayu bertiup tu dia, sejuk sampai ke tulang terutamanya waktu senja hingga ke subuh.

Antara tempat-tempat yang kami lawati dalam Muslim Tour ini adalah :

Great Wall of China, Olympic Stadiums–Bird Nest and Water Cube (luar sahaja), foot massage centre (biasanya untuk atlet), The Summer Palace (Istana di tengah-tengah tasik yang luas dan yang mempunyai koridor yang terpanjang di dunia), Forbidden City,Tian’anmen Square, Wang Fu Jing Street, Silk Street Mall ( barang banyak yang murah-murah - borong Levis dan lain-lain barang), Hardrock Beijing,  Masjid Nan Dou Ya  Beijing, Fresh Water Pearl Centre (tiram asli), Tea House (Dr Tea Centre),  Jade and Crystal Shop, Xin Jiang Muslim Restaurant (famous sekali), Silk Store (tengok proses buat sutera & harga jauh lebih murah dari Malaysia), Niujie Mosque, Ya Xiu Market and Tia Ya Hong Qiao Market.























BIRD NEST (STADIUM)




















DR TEA CENTRE



HARDROCK BEIJING







URUT KAKI DI STADIUM BEIJING




THE SUMMER PALACE

Kawasan Istana  yang sangat luas dilengkapi dengan koridor terpanjang dengan art yang menarik. memamng letih nak jalan di seluruh kawasan ni. 




























Frobidden City

Kawasan yang tidak pernah sunyi dan dikunjungi oleh pelawat setiap masa. Satu pandangan yang sungguh menarik. Saya cari-cari jugak Jet Li, mana tau kot-kot tengah buat shooting  film kung fu.



























 Great Wall Of China

Akhirnya.......................

Hajat untuk melihat dengan mata sendiri senibina ini tercapai dan sempat untuk mendaki ke bahagian bawah sahaja. Cuaca sejuk dan hujan renyai-renyai menyebabkan kesihatan kurang memuaskan tetapi berpuas hati.































No comments:

Post a Comment