Friday 29 July 2016

Siak Sri Indrapura - Kawasan Sekitar


Pagi-pagi lagi kami dah menuju ke Siak..perjalanan mengambil masa 3 jam..di kiri kanan penuh dengan hijauan..kepala sawit..dan jalan berliku...tapi Alhamdullilah perjalanan kami lancar dan selamat ke tempat yang dituju...cuaca sangat lembap ..tak macam sebelumnya ..

Dari carian yang dicari, Kerajaan Siak Sri Indrapura didirikan pada tahun 1723 M oleh Raja Kecik yang bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah putera Raja Johor (Sultan Mahmud Syah) dengan istrinya Encik Pong, dengan pusat kerajaan berada di Buantan. Konon nama Siak berasal dari nama sejenis tumbuh-tumbuhan yaitu siak-siak yang banyak terdapat di situ.

Sebelum kerajaan Siak berdiri, daerah Siak berada dibawah kekuasaan Johor. Yang memerintah dan mengawasi daerah ini adalah raja yang ditunjuk dan di angkat oleh Sultan Johor. Namun hampir 100 tahun daerah ini tidak ada yang memerintah. Daerah ini diawasi oleh Syahbandar yang ditunjuk untuk memungut cukai hasil hutan dan hasil laut.







Jambatan Tengku Agung Sultanah Latifah

Finally kami sampai ke sini...saya rasa kagum..dari jambatan ini dapat terlihat Masjid Sultan Syarif Hasyim..indah senibina dan kubahnya ..warna biru..




Taman Tengku Mahratu

Kami sampai di taman berhadapan dengan istana..di kiri kanan penuh dengan bendera..khabarnya semalam ada majlis...macam tiada orang pulak..bersih..tiada nampak sampah..





Terasa hati berdebar-debar melihat istana tu...rintik-rintik mula turun.















Sungai Siak

Sungai ni panjang 527 km..lebar 100-150 m dan dalam 30m. Kapal besar dan  tanker boleh lalu menyusuri sejauh 331 km. Dari carian yang saya dicari sungai ni punyai lagenda, misteri, kesaktian dan sejarah tersendiri. Kalau sapa nak tau..boleh goole la.



Sini banyak taman...dan taman ni dirasmikan pada 23 Disember 2015 menjadi objek baru di Siak.


Lihat awan tu...





Ada makam di sebelah taman nih..Syekh Abdulrahman nih...bahagian depan ada kawasan perkuburan jugak.





Corak burung Rajawali...kebetulan burung kebanggaan Kesultanan Siak..


Jambatan Tengku Agung Sultanah Latifah dari jauh




Macam nak angkat jambatan nih hahahahaha..macam gergasi mama zila boboi..




Beakfast kat sini...memang jalan-jalan cari makan..




Makan...rezeki..banyak pilihan..makan sama macam orang Perak..so tak masalah ler i nak makan.


Ayam masak merah ni..sedapnya...macam senang aja amsaknya...pastu ada ikan bilisnya..goreng gitu pun sedap..memang menarik..



Ate..merah juge warna kerusinya..hari merah sedunia agaknya...


Ada rendang ayam nih..sedap i rasa..macam tak pening makan..then i rasa dia pakai daun kunyit kering..hahahaha..agaknya ler..itu yang buat rasanya lain..kita biasa pakai daun kunyit segar.



Alhamdullilah ..kenyang..kenyang sampai ke petang kami..

Thank You Allah



No comments:

Post a Comment