Monday 12 August 2013

South Korea


AUTUMN & WINTER  

Hajat hati untuk mengalami pengalaman musim lain iaitu musim luruh dan sejuk serta merasai salji (suhu -7 sehingga - 11  degree)  tercapai apabila menjejakkan kaki ke South Korea dengan tawaran   yang berbaloi semasa Matta Fair (RM3.2K include all termasuk insuran). Pada mulanya hanya nak pergi berdua tetapi akhirnya berjaya mengumpul 12 orang kawan-kawan dan dengan bantuan travel agen ke semua dalam group kami adalah 16 orang.

Harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi untuk 6 hari 4 malam (Muslim) (all in - Halal breakfast, lunch & dinner) dengan menaiki Cathay Paciffic Airlines return flight transit di Hongkong yang diuruskan oleh Summit Holiday Travel & Tour Sdn Bhd. 

Pelbagai pengalaman yang menarik dan dikutip semasa pengembaraan kami. Korea adalah negara Maju!.

Perjalanan tersebut adalah seperti berikut :

Berangkat  dari KLIA  ke Seoul dengan menaiki pesawat Cathay Pacfific Airlines transit di Hongkong (pergi dan balik) menjadikan sebanyak 3 kali telah menjejakkan kaki di Hongkong.

Nami Island - menaiki boat dan jalan- jalan untuk melihat pokok yang tersusun indah dan  terkenal drama "Winter Sonata".
Melawat Taman Negara Gunung Sorak, dianggap sebagai salah satu gunung Korea yang paling indah, dibahagikan kepada Sorak Inner dan Outer yang dikenali sebagai Pas Hangyeryeong. Bermalam di kaki Gunung Sorak.
Melawat  Teddy Bear Farm, taman ini memaparkan semua jenis  Teddy Bear dalam pelbagai bentuk yang menarik.
Bermalam di Oak Valley Condominium - kawasan tempat aktiviti ski  (tidak termasuk peralatan ski).
Lawatan ke Lotte World Indoor Theme Park  (termasuk Tiket masuk)
Pengalaman  membuat Kimchi (makanan Korea) di Kimchi School dan belajar bagaimana untuk memakai pakaian tradisional Korea.
Nikmati Ginseng Foot Spa
Membeli-belah di Dongdaemun, kawasan membeli-belah borong  terbesar di Korea.
Melawat Deoksugeum Palace dibina pada abad ke-16 dan menjadi istana Diraja semasa pencerobohan Jepun.
Melawat Blue House ( Rumah Presiden)
Melawat pusat  membeli-belah khas gingseng dan dan Kedai Herba.
Melawat Muzium Korea (di kawasan istana)
Membeli belah dan menikmati makanan halal di Iteawon
Membeli-belah barangan kosmatik dengan harga yang berpatutan di  Face Shop, sebuah syarikat kosmetik khusus yang menyediakan produk-produk yang mengekalkan ciri-ciri alam semula jadi dalam bentuk yang paling asli.
Membeli-belah di kedai produk tempatan - biskut,gula-gula  etc
Melawat Bangunan 63 yang menjadi pengembaraan drama My Girl dan melawat 63 Wax (patung lilin)  
Singgah di Pasar Ikan sebelum ke Oak Valley Condominium (boleh beli kalau-kalau nak masak).

 























NAMI ISLAND

Tiada lain yang boleh dikatakan hanyalah " Winter Sonata"
































THE HERBAL SHOP 





THE PRESIDENT'S HOUSE -
BLUE HOUSE








  THE DEOKSUGEUM PALACE





















 KIMCHI SCHOOL









                               




THE FACE SHOP - COSMETIC










PUSAT URUT KAKI - GINSENG




63 BUILDING 




















LOTTE WORLD  (INDOOR THEME PARK)























































MUZEUM


























THE TEDDY BEAR FARM

























THE FISH MARKET





















OAK VALLEY RESORT

Perjalanan hampir 3 jam dari bandar Seoul melalui bukit bukau dengan panorama salji di sepanjang highway, akhirnya kami sampai di Oak Valley Ski Resort pada waktu 7.30 malam (waktu Korea). Kami bermalam di kondominium yang amat selesa di Oak Valley Resort. Suhu pada ketika itu adalah -7 degree Celsius dan memang sejuk (mulut keluar asap) walaupun kawasan di sekitarnya salji telah cair. Sampai di sana kami terus ke pusat sewaan peralatan ski. Pengalaman yang sungguh menarik.

Pukul 9.00 pagi punyalah ramai orang berpusu-pusu masuk ke Ski Area. Suhu di sana -11 degree Celcius walaupun ada sinar matahari. Pemandangan yang indah dan menarik. Terdapat kelompok-kelompok yang sedang belajar dan mungkin ada yang praktis untuk tournament. Rupanya bukan senang nak main ski ni. Kalau tak tau imbang badan confirm jatuh aja.
































MOUNT SORAK





















































































No comments:

Post a Comment