Friday 2 December 2016

Jalan-Jalan Siang @ Bukit Tinggi


Sampai di Bukit Tinggi dah sore dan hujan ...rasanya kami tak sempat nak ke Danau Manuja...kalau pegi dalam 1 jam lagi perrjalanan so kami decided tak payah pegi takut bahaya naik bukit. Kami menuju ke Great Wall Kota Gadang dan Lobang Japang ikut belakang Taman Panorama sebab i malas nak menyusup dalam lubang tu hahahaah...ada seriau di hati...jadi ambikla shortcut tapi jalan ditutup sebab tengah upgrade jalan...kalau nak turun bukit tu ...rasa macam malas la pulak so kami pikir-pikir pegi ke Jam Gadang dan ronda-ronda cari barang.

Tu hari jalan malam-malam ...so saja jalan siang pulak...tengok view siang pulak.



Dah tak tau nak buat gaya apa...so sama aja ler..malas nak pikir hahahaha






I jalan-jalan bawa jurufoto so dia snap aja apa yang i buat....beribu gambor ditangkapnya...Thank you Uli...lepas ni Kak Mai belanja makan.

Di bahagian hadapan pulak...


Nasib la mata kuda-kuda ni ditutup..kalau tak mau dikejornya sebab baju merah tapi masa hari mula-mula tu masa i dekat dengan kuda-kuda ni...separuh dari barisan kuda ni bergerak-gerak dan pandang arah i walaupun matanya ditutup...suspen gak sampai dia menghentak-hentak kaki.


Sini banyak kedai-kedai jual barang-barang...telekong..kain sulam...gilo mata...murah la berbanding KL.



Kawasan sekitar





Meh tengok apa yang i nak beli.





I dah niat sampai sini just nak beli telekong aja buat kenangan...kat sini melambak Telekong Siti Khadijah. Murah jugak...semua telekong sulam-sulam..ada macam-macam range harga..bagai kaler dan corak.



Duk pilih-pilih tapi tak beli pulak sebab tengok yang berkenan kat hati ni tak ada la pulak.semalam tengok ada orang jual depan hotel cantik sulamnya...berkenan sungguh tapi tak ada pulak kat sini. So Uli cadangkan pegi ke Kilang Sulam Buat Telekong di bahagian belakang sini...so hold dulu la sebab belum lagi nak balik pun...kemudian boleh beli.

Tu yang i duk selak-selak tu Telekong Siti Khadijah.



I singgah ke kedai sulam nih....fuhhh!! cantik bangat...ni harganya berjuta rupiah. nasib i bukan peminat kain sulam nih...yang ada kat rumah  pun belum ditempah lagi.



Uli..nanti kalau Kak Mai nak kawin..Uli tolong kirimkan aja ler dari sini yek...buat masa ni belum lagi nak pakai gini...lagi pulak macam sesuai untuk orang tinggi aja...kena tempah nanti hahahaha.

Oleh kerana tak beli apa-apa so kami nak pegi ke kilang jahit sulam tu..nak tengok apa harganya pulak.



































No comments:

Post a Comment