Sunday 9 April 2017

Beauty and The Beast @ Viva Mall


Dah lama tak tengok movie ...bertahun rasanya..... kuat sungguh tarikan cerita ini hingga membawa saya ke panggung...memang saya tak pernah miss tengok citer ni baik aminasi atau tv series. Entah kenapa terlalu dekat di hati...may be saya suka karektor citer ini yang comel, cantik, handsome, mewah, keinsafan, cinta kasih sayang dan penuh fantasi...may be  point pointer in this movie!! jangan tersimpang sudahlah..

Lepas lunch terus saya drive 10 min dari rumah untuk tengok movie ni...kat area rumah saya banyak panggung wayang...bersepah ..boleh pilih aja...i biasa tengok sorang-sorang..panggung pun tak penuh sebab tak semua orang berfikiran macam saya hahahaha.





Saya tengok pelakon ini comel....Emma Watson 26 tahun yang melakonkan Belle ( Bahasa Perancis - Perempuan yang cantik), adalah perempuan tercantik di kampung tersebut...selain pintar dan berani...! tak pernah kenali dia sebelum ini tapi kalau sapa yang peminat Harry Poter mesti kenal pelakon ini sebab dia berlakon dalam citer tu since 2002 dan ada citer lain. Selain tu dia banyak menang lebih 20 awards young artis.




Kisah yang sangat simple..dicampurkan dengan muzikal...mudah difahami...tidak membebankan otak....kisah ini berkisar cerita traditional rakyat  Perancis yang ditulis oleh Gabrielle Suzanne Barbot de Villeneue telah dibukukan pada tahun 1740,  diadaptasikan dan diangkat dalam aminasi dan  movie yang digarapkan dengan elemen mewah yang sungguh mengkagumkan.



Saya bukan pengkritik filem tetapi saya kagum dengan pembikinan set di Shepperton Studio yang luas 28,000 square feets dan menjadikan sebuah kampung dengan penduduk seramai 150 orang lengkap dengan haiwan ternakan, pokok-pokok besar dan sebagainya. Pengembaraan yang dibuat di dalam studio yang besar dengan gabungan komputer grafik yang hebat.

Kisah "once upon a time"..... ahli sihir yang menyihir putera raja yang sombong bongkak dan pentingkan diri sendiri  dengan menghukum menukarnya menjadi Beast (Si Hodoh)...dia akan jadi hodoh sekiranya tidak jumpa cinta sejati...sebagai ukuran masa ahli sihir memberikan dia sekuntum mawar merah...


Its start with a rose! Kehidupan Belle berubah kerana pemintaannya untuk sekuntum bunga rose....Belle memesan kepada bapanya untuk membawakannya bunga rose seperti di dalam potret arwah ibunya..... Bapanya tersesat di dalam hutan dan terjumpa istana Beast .... ditepi ada pokok bunga rose. Dia dipenjarakan kerana dituduh mencuri bunga rose tu...Belle menggantikan bapanya dipenjarakan dan bermulalah dia tinggal di istana tersebut dengan perkakasan yang bercakap...pekerja istana semua bertukar menjadi peralatan dan perkakasan rumah.




Beast yang sombong berubah sejak Belle diselamatkan olehnya dari diserang  serigala...dan Belle juga terhutang budi pada Beast sudi menjadi kawan yang terbaik..dan ingin menolong mengembalikan keceriaan istana tersebut...comel pulak Beast tu tersipu-sipu dan bila jatuh cinta...kelakar pun ada....citer ni berlatar belakangkan perkampungan Perancis....biasalah ada jugak orang jahat yang nak bunuh Beast ni.



Pakaian Belle sungguh cantik sesuai dengan dia yang kurus ....warna kuning lemon dari organza sutera dan satin yang dihias dengan ribuan batu kristal Swarovski  di sekeliling bajunya. Menurut fakta...baju yang didesignkan oleh Jacqueline Durran yang secara langsung oleh Emma Watson ini menggunakan kain sebanyak 120 kaki  satin dan 3000 kaki organza supaya ringan dan senang nak bergerak. Baju ni memang ikut susuk badan dia..Baju Beast pulak warna biru terang...hmmm..kombinasi yang sungguh menarik saya rasa..lain kali kita tak yah buat baju sedondon ..hahaha..cer cuba lain kaler lak yea dak...





Istana Beast yang dalamnya cukup mewah dengan elemen ukiran, perabot, lantai yang luas dengan marble yang mewah ...chendelier yang mewah...wow!! cantik....semuanya dibina di dalam studio...juga menggunakan ruang yang sangat luas...tapi biasa la...bina cantik-cantik last sekali ranap sebab ada adegan gaduh.


Finally.......... mestilah happy ending.... if not panggung kena bakor ler pulak...rugi beli tiket lak.....last baru la hero yang handsome muncul yang dilakonkan oleh Dan Stevens...kalau tengok memang ler tak lojik tapi memang Disney punya citer...memang pelik la sebab Beauty and the Beast kan....The song sing by Celine Dion & Peabo Bryson sungguh sedap hawa telinga untuk dengar...Full story pi la download ...




Nak citer lebih detail boleh tapi malas la nak citer hahahaha.....mesti ada yang kata kenapa la saya taksub dan sangat suka cerita ini hingga diblogkan....hmmm....saya ada sebab tersendiri...Biarlah rahsia ...kalau Allah nak bagi sesuatu tak semestinya dalam mimpi atau solat bukan...Allah cetuskan sesuatu dan kita sebagai insan yang punya akal fikiran boleh mengunakan pancaindera yang kita ada 6 ni untuk berfikir...






Thank you Allah


















No comments:

Post a Comment